Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kerajaan hari ini telah bertanggungjawab dengan pencapaian prestasi 99.4 peratus yang telah tercapai dalam manifesto BN PRU yang lalu, secara logiknya BN mesti melebihi pencapaian ini untuk PRU14.
"Pengumuman untuk inisiatif RM1500 kepada anak-anak penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk ke universiti sekurang-kurangnya membantu meringankan beban keluarga bagi permulaan kits pembelajaran.
"Secara tak langsung juga membantu dari segi kewangan ketua isi rumah B40. Inisiatif ini juga sebagai galakan sosial pihak BN bagi memastikan setiap pelajar sentiasa berpotensi untuk menjadi warganegara terpelajar dan memiliki ilmu ke tahap yang tertinggi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Berang.
Tambahnya lagi, ini termasuklan peningkatan sumbagan BR1M sebanyak 20 peratus jelas menunjukkan kerajaan BN telah menguruskan kewangan negara secara terbaik dan hasil peningkatan pendapatan negara ini dipulangkan semula kepada rakyat.
" Walaupun ianya diberikan secara one off akan tetapi kesan kepada peningkatan pendapatan individu peserta BR1M ini meningkat hingga 3-12 peratus secara purata bulanan dalam setahun.
"Kalau kerajaan pada hari ini mampu beri bayaran berganda melalui BR1M, maknanya ekonomi negara tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang...masih kukuh dan tidak muflis seperti yang didakwa mereka.
"Nak kata negara dah muflis...dah tak ada duit, macam mana pihak penjawat awam dapat kenaikan gaji manakala anggota RELA,wataniah dan pasukan keselamatan yang bersara mendapat tambahan elaun, " katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan BN selama beberapa dekad telah menguruskan negara ini dengan cemerlang melalui pembangunan yang meliputi semua aspek termasuk pembangunan ekonomi dan fizikal.
"Jangan musnahkan semua perkara yang baik dan istimewa yang telah kerajaan BN berikan selama ini dengan memilih parti yang salah..kecil bagi kita tetapi besar buat rakyat..Hebatkan Negaraku," ujarnya.