Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 2 November– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri akan mengaktifkan pusat bilik gerakan operasi bagi menghadapi Monsun Timur Laut(MTL) mulai esok.
Timbalan Pengarahnya , Mohd. Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, langkah itu diambil sebagai persiapan sekiranya banjir berlaku sewaktu berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, pihak JBPM dengan kerjasama semua pihak telah melakukan persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan berlaku senario buruk ketika pengundian.
"Sekiranya berlaku, pengundi tidak perlu risau untuk menunaikan tanggungjawab pada 19 November nanti.
“Lagipun, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kadar penerimaan hujan adalah purata yang iaitu tiada hujan tidak melebihi luar jangka,” katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, pada kali ini pemantauan JBPM bukan sekadar terhadap MTL tetapi juga memastikan keselamatan rakyat jika berlaku bencana banjir pada hari pengundian PRU-15.
Dalam masa yang sama, pihaknya juga telah memeriksa pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat pengiraan undi mulai semalam.
"Anggota-anggota JPBM juga akan mengadakan rondaan di kawasan pusat pengundian pada 19 November ini,"ujarnya.