Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
KUALA NERUS, 2 Ogos-Mysisme, jenama produk Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.
Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.
Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof 63, berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.
Ibu kepada sembilan anak berkata, usia bukan penghalang untuk menjelajah dalam usaha mempromosikan kudapan istimewa dari Terengganu disamping meningkatkan lagi pendapatan syarikat milik keluarga.
"Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata.
"Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan.
"Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di gerai jualannya di tapak Pekan Budaya Kuala Nerus, Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.
Kini dengan bantuan tujuh anaknya yang menguruskan bahagian pemasaran dan jualan, Mysisme dikembangkan lagi dengan produk baharu seperti bunga durian, kuih siput, jala emas, tahi itik, mas sejemput dan puding raja termasuk menerima tempahan daripada orang ramai.
Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo dan pekan budaya oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan.
"Macam hari ni, makcik boleh dapat RM1,000 sejak dibuka jam 10 pagi tadi dan berharap akan lebih lagi pada hari seterusnya.
"Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya.
Tambah Maimunah, kejayaanya hari ini juga banyak dibantu oleh pihak pelancongan negeri dalam mempromosikan Mysisme di luar negeri dalam setiap program yang dianjurkan.
"Sememangnya Tourism banyak membantu saya khususnya Mysisme untuk kenalkan produk dalam penganjuran pelbagai program di luar contohnya di Singapura, Thailand dan sebagainya.
"Pernah diberi peluang untuk mengikuti Le Tour De Langkawi dan hasilnya memang lumayan walaupun rasa letih kerana terpaksa berpindah tempat dalam tempoh masa singkat,"ujarnya.