'Royalti Bukan Hak Terengganu?, PAN Jangan Jadi Pengkhianat'
KUALA TERENGGANU, 4 November - Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahkan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Terengganu 2024 kepada 179 penerima di Wisma Darul Iman, semalam.
Baginda menyampaikan pengiktirafan kepada 157 orang pemimpin pengakap semua peringkat yang dianugerahkan bintang dan pingat PPM termasuk beberapa pemimpin pengakap dari Brunei, Indonesia dan Thailand.
Tengku Muhammad Ismail juga menyampaikan pengiktirafan Pengakap Raja iaitu sijil paling bernilai dalam pergerakan pengakap kepada 22 ahli pengakap Terengganu.
Terdahulu, keberangkatan tiba Tengku Muhammad Ismail di majlis penganugerahan itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pengakap Negara, Prof Dato’ Dr Mohd Zin Bidin.
Hadir sama pada majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Abdullah Taib.