Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail |
Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “kegelapan” semasa di bawah pentadbiran Pas.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata meminjam slogan Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh, “Masihkah Kau Ingat,” rakyat Terengganu perlu ingat bagaimana Pas semasa mentadbir negeri ini telah menutup tadika, gagal menguruskan sampah sarap serta tidak menunaikan janji untuk melaksanakan hukum hudud.
“Jika rakyat terus beri kepercayaan kepada BN, Insya-Allah, landskap negeri ini akan berubah hebat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.
Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 tetamu pada Majlis Pertemuan Bersama J3K, guru- guru dan ahli PIBG di Dewan Arena Merdeka Dungun
Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu berharap rakyat akan terus memberi kepercayaan dan mandat kepada kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini kekal milik BN.
" Pada masa sama mahu mengingatkan rakyat Terengganu supaya memberi mandat yang kuat kepada BN untuk membolehkannya terus menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan pembangunan dan pelbagai program," katanya.