Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT, 27 Januari - Riadah secara santai dapat menarik minat belia untuk menyertai aktiviti sihat.
Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, aktiviti itu dapat mengeratkan hubungan antara belia secara lebih dekat.
“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membendung gejala yang kurang sihat.
"Dengan riadah dan perjumpaan sebegini, kita dapat merasai serta menghayati keinginan golongan muda masa kini dengan lebih jelas," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita di Dewan Futsal Bukit Kenak, Jerteh, pada Sabtu, 25 Januari.
Menurutnya, kerajaan negeri amat menggalakkan para masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat melahirkan rakyat yang sejahtera.
"Aktiviti riadah ini diadakan setiap bulan bagi mengumpulkan golongan muda dan dapat menyampaikan maklumat penting mengenai hasrat kerajaan negeri.
“Penyampaian nasihat dan makluman secara spontan merupakan salah satu cara untuk menghubungan belia dengan hasrat kerajaan iaitu melihat Negeri Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera," tambah beliau.