SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.
Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di Masjid Assalam, Batu Rakit.
"Tahniah dan syabas kepada yang mendapat Dana Remaja Transformasi Orang Muda pada hari ini, terima kasih juga kepada kerajaan negeri atas peruntukan dana untuk remaja ini.
"Semoga sumbangan dana ini dapat memberi manfaat kepada remaja yang menerimanya," katanya.