Video title Kerajaan Teliti Cadangan Sedia Ruang Solat di Pasar Malam
Rumah Terbuka Dun Seberang Takir Menanti Semua
KUALA NERUS, 8 April – Kemeriahan Syawal masih lagi terasa dengan banyak pihak mengadakan rumah terbuka.
Tidak ketinggalan, Majlis Rumah Terbuka Dun Seberang Takir yang bakal diadakan pada 12 April dengan pelbagai menu adalah sebagai tanda kesyukuran dan bagi meraikan bulan Syawal ini bersama seluruh penduduk Seberang Takir.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata tujuan majlis itu diadakan adalah bagi berkongsi kegembiraan di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakyat.
"Majlis Rumah Terbuka Dun Seberang Takir ini bakal diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan 13 Syawal 1446 Hijrah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama-sama dengan disajikan pelbagai menu buat pengunjung.
"Selain penyediaan makanan, agihan duit raya turut diberikan kepada anak-anak yang sememangnya telah dijadikan amalan setiap kali Syawal.
"Kita mengganggarkan ramai pengunjung selain daripada agensi kerajaan," katanya lagi.
Majlis akan bermula pada jam 11.00 pagi semua rakyat Dun Seberang Takir dari pelbagai peringkat umur dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi rumah terbuka ini