• 22 Okt 2024 | 19 Rabiul Akhir 1446

Sensitiviti Agama Perlu Dijaga - Maliaman

KUALA TERENGGANU, 29 September -  Umat Islam di negeri ini hidup aman sentosa sejak sekian lama, segala sesuatu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan dalam kalangan umat Islam perlu dielakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim bersetuju dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Kemaman (DPPKK) yang telah membuat laporan Polis berhubung komen dalam facebook oleh individu yang menggunakan nama Lau Peter Lau kerana didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Laporan Polis oleh DPPKK saya sangat sokong supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu bahan yang boleh mencetuskan pergaduhan, sebagai masyarakat bukan islam sepatutnya tidak perlu sentuh, kerana ia adalah satu isu agama juga jadi privasi dan sensitif bagi orang islam.

“Masalah perpaduan di negeri ini kita anggap isu tidak besar, walaupun ia hanya sedikit dan kecil tapi boleh menjadi besar jika kita tidak bendung, tindakan itu penting sebagai pencegahan terhadap sebarang kemungkinan insiden yang boleh cetuskan ketegangan dan perpecahan di masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku @PPAT 2024 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu; Ridzuan Hashim, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; Syed Ab Rahman Hilmi Syed Zain, dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu; Norliza Ismail.