Sepahtu Sinar Belajar Dialek Terengganu Dengan Mat Dan
Sepahtu Sinar belajar cakap dialek / loghat Terengganu dengan bergurukan Mat Dan atau nama sebenarnya Muhammad Kareef Daniel (setelah memeluk Islam) yang fasih berbahasa Terengganu.
Mat Dan sebelom ini menjadi viral di laman sosial kerana fasih bercakap loghat Terengganu walaupun berbangsa Inggeris yang berasal dari Bristol, England.
Beliau mula menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2009 ketika berusia 19 tahun. Pada asalnya dia mengembara ke Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.
Seterusnya dia singgah pula ke Pulau Kapas dan jatuh cinta dengan keindahan di situ. Jadi dah lebih kurang 7 tahun dia tinggal di Malaysia sejak tiba pada 2009.
Menurut Mat Dan, bukan senang sebenarnya nak belajar bercakap Bahasa Melayu ini. Lebih kurang tiga empat tahun juga lah. Bila ditanya macam mana cara dia belajar , jawapannya mudah, ‘langgar’ je.
Lama kelamaan dia makin fasih dan menguasai bahasa tempatan. Nak bergaul dengan orang kampung kena lah belajar kan.
Disebabkan dah fasih sangat Bahasa Melayu, dia pernah ditegur kawan-kawannya di England kerana bahasa inggeris dia dah lain.
Mat Dan kini menjadi perhatian masyarakat Malaysia sejak viral di laman sosial dan turut menerima undangan ke beberapa stesen radio bagi berkongsikan kisahnya yang unik itu.