Pelaksanaan Hukuman Takzir di Khalayak Ramai Keputusan Hakim
Shahrul masih meneruskan rentak kayuhan apabila masih dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. |
Pusingan kelima saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Meru Raya, Perak – Kuala Kubu Baru, Selangor sejauh 151.5 kilometer menyaksikan Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) terus mengungguli carta pelumba Malaysia.
Dengan catatan masa keseluruhan 19 jam 58 saat, Shahrul, 28, muncul sebagai Pelumba Terbaik Malaysia buat empat peringkat berturut bermula daripada peringkat kedua.
Untuk pusingan tersebut, Ryan Gibbons dari Team Dimension Data masih mengekalkan jersi kuning yang diperolehinya bermula di peringkat kedua dengan catatan masa keseluruhan 18 jam 53 minit dan enam saat selain turut dinobatkan sebagai Raja Pecut.
Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mengekalkan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua, manakala Jersi Putih pula masih lagi kekal untuk pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgeniy Gidich.
Seramai 107 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
Peringkat keenam pada 26 Februari bakal bermula dari Senawang, Negeri Sembilan ke Muar, Johor dengan jarak sejauh 176.3 kilometer .