Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang. |
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS dijangka berlangsung 1 Julai ini akan menjadi penentu hala tuju negeri pada penggal yang baharu ini.
Beliau mengakui teruja untuk mempengerusikan persidangan DUN buat kali pertama sebagai ketua kerajaan negeri.
"Sidang (DUN) ini penting untuk saya dan exco-exco kerajaan bagi merangka dan mencorak pentadbiran baharu ini.
"Semoga kita bersama-sama dapat membawa Terengganu ke arah yang lebih baik," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang, di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, semalam.

Menteri Besar meraikan pengunjung yang hadir. |
Lebih 5,000 hadir di majlis yang turut dihadiri exco-exco negeri.
Menurut Samsuri lagi, rumah terbuka tersebut adalah tanda terima kasih dan meraikan pengundi DUN dan Parlimen Marang yang memberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Pelbagai hidangan disediakan buat pengunjung. |