lightning-solid
Berita :
SM Barber Rampas Piala ADUN Sura, Juara Kali Kedua
SM Barber Rampas Piala ADUN Sura, Juara Kali Kedua
Naim Fadhilah Kamaruddin
09 Nov 25
311

DUNGUN, 9 November -  SM Barber kembali menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala ADUN Sura buat kali kedua selepas mara ke peringkat akhir dan menjuarai perlawanan penentuan di Pantai Sura Tengah.

Kemenangan itu menamatkan penantian pasukan yang hanya meraih tempat ketiga pada 2024, manakala pada 2023 mereka juga muncul juara. 

IMG_8790.JPG 4.8 MB
Pengurus pasukan SM Barber, Yahaya Mohd Noor, berkata kejayaan kali ini dicapai hasil gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda tempatan. 

“Kami menghadapi kekangan kerana ramai pemain senior mewakili pasukan Malaysia. 

"Bagi menghadapi kejohanan ini, kami menggabungkan pemain amatur dan pasukan belia. 

"Persediaan intensif selama seminggu membuahkan hasil apabila pasukan mengekalkan prestasi cemerlang dari awal hingga tamat kejohanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kejohanan. 

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin menyatakan rasa bangga terhadap penganjuran kejohanan kali ini. 

“Dua hari kejohanan berlangsung dalam cuaca panas tetapi semuanya berjalan lancar. 

"Tahniah kepada SM Barber yang bermain konsisten dari awal hingga akhir. Terima kasih kepada semua pasukan yang turut serta, penaja, dan pengunjung yang memeriahkan kejohanan. 

"Ini membuktikan bola pantai boleh menjadi tarikan besar di Dungun,” katanya. 

IMG_6694.jpg 2.86 MB
Menurutnya, kejohanan itu bukan sekadar sukan, sebaliknya menjadi satu lonjakan dalam memberi limpahan manfaat kepada ekonomi setempat. 

Jelasnya, selain gelanggang dimeriahkan, peniaga, pengusaha homestay dan penjaja sepanjang Pantai Sura Tengah turut mendapat tempias. 

"Pelbagai vendor makanan dan gerai jualan di sekitar tapak menerima manfaat daripada kehadiran pengunjung.

"Keadaan pada tahun ini berbeza kerana fasiliti padang telah dipertingkatkan dengan pagar kekal baru, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pemain serta penonton," ujarnya.

Beliau menambah, sambutan yang ditunjukkan dalam penyertaan kejohanan bola sepak pantai turut menjadi tarikan komuniti yang memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada Dungun. 

IMG_8708.jpg 1.66 MB



Artikel Berkaitan