Adik Allahyarham, Siti Nor Kamilah, 24. |
Jenazah perwira Darul Iman itu selamat dikebumikan pada jam 2.00 petang tadi di sini.
Terdahulu jenazah Abdul Bari itu tiba di Kampung Merbau Patah sekitar 12.30 tengahari dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Solat jenazah diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah .
Lebih 400 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke solat jenazah dan pengkebumian tersebut sebagai tanda penghormatan terakhir.
Orang ramai solat jenazah buat Allahyarham Abdul Bari. |
Abdul Bari dipercayai lemas selepas berusaha untuk menyelamatkan lima sekeluarga kelmarin.
Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing, terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.
Ayah Allahyarham di pusara anakanda tercinta. |
Allahyarham sempat membantu menyelamatkan mangsa daripada lemas sebelum dia hilang di permukaan sungai.
Mangsa di dalam kenderaan itu, Suryati Rusly, 37, Nordiana Alwani Jaafar, 33, Asmaa Rusly, 23, Syafawani Jaafar, 11 dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).