SUKMA 2018: Taekwondo Buka Akaun Emas
Ahmad Nor Iman raih pingat semangat untuk pasukan. |
TELUK INTAN- Pasukan Taekwondo menarik nafas lega apabila berjaya membuka akaun pingat menutup hari kedua sukan itu dipertandingkan.
Lebih manis apabila Ahmad Nor Iman Hakim Rakib meraih pingat emas dalam acara Bantam Weight menewaskan lawan dari Pulau Pinang dengan skor 50-0 di Dewan Tan Poh Sang, di sini hari ini.
Pengurus sukan Taekwondo, Mohd Zuhairi Amirin Ahmad Zamri optimis dengan pencapaian hari ini sambil berharap pasukannya berjaya memungut pingat yang dipertandingkan esok.
"Esok kita akan bertanding dalam acara Fly Weight lelaki dan wanita serta Feather Weight wanita. Kami berharap akan berjaya meningkatkan pungutan pingat untuk kontijen Terengganu," katanya.
Pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, taekwondo membawa pulang dua emas, satu perak dan lima gangsa.