• 20 Sept 2024 | 16 Rabiul Awal 1446

Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-14


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-14 di TH Hotel, malam tadi.

Turut berangkat,Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.


Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Pada majlis yang sama , Tuanku Mizan turut berkenan menganugerahkan Anugerah Kerusi Sultan Mizan kepada Profesor Emeritus Dr. Parrick Sorgeloos atas kejayaannya dalam bidang akuakultur.

Dalam majlis itu juga, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku ‘Tan Sri Samsudin Osman: Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua’.

Tag: