Sultan Mizan (tengah) mencemar duli bersalaman dengan Ustaz Mohd Nor selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Ridha Manir kelmarin. |
Turut mengiringi baginda, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Haji Hilmi Harun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
Khutbah Jumaat dari mimbar masjid itu menyentuh kewajipan menutup aurat dan batas-batasnya yang wajib dipatuhi oleh umat Islam sama ada muslimin atau muslimat.
Kira-kira 800 orang ahli qaryah mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan.