Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Oleh: Ahmad Ezani Razali
KEMAMAN, 20 Januari - Surau Taman Banggol Indah, Chukai di sini dimulakan proses pembinaannya sebaik selesai Majlis Pecah Tanah dan Perasmian yang telah diadakan kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas pembinaan surau itu.
"Ianya merupakan satu syiar Islam, yang akan kita adakan untuk rakyat kita terutama yang berada di Taman ini.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada badan pelaksana, MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan sebuah surau akan didirikan di Taman ini," ujarnya.
Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut.
Sementara itu, Pengerusi MPKK Seri Berenjut, Wan Mohd Aiman Wan Samsuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses awal pembinaan surau tersebut.
"Terima kasih juga diucapkan kepada YB (Yang Berhormat) Hanafiah yang turut menyumbang sebanyak RM10,000 baru-baru ini.
"Besar hasrat kami untuk melihat pembinaan surau ini terlaksana. Kita bukan sahaja dapat beramal ibadat di sini, bahkan kita juga dapat melakukan aktiviti lain seperti usrah, kelas fardu ain dan sebagainya," katanya.
Surau tersebut dijangka menelan belanja lebih RM200,000 dan mengambil masa selama tujuh hingga lapan bulan.
Kepada sesiapa yang ingin turut memberikan sumbangan boleh ke akaun Bank Rakyat di atas nama:
SURAU TAMAN BANGGOL INDAH
No. Akaun: 110401006659
Beliau boleh dihubungi di nombor talian: 019-9538733 atau 019-9470125