Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
Tarikan Program Promosi Tasik Kenyir Sepanjang Julai Ini
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kian rancak mempromosikan Tasik Kenyir dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di asia itu.
Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail berkata, promosi yang diadakan itu sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tidak lama lagi.
Katanya, tirai pelancongan Ketengah dimulakan pada awal Julai dengan program 'Kenali Kenyir' bersama media arus perdana Terengganu dan lawatan media 'influencer' Jepun yang dianjurkan baru-baru ini.
"Seterusnya kita ada lawatan pembelajaran ke Tasik Kenyir oleh Pemandu Pelancong Malaysia yang melibatkan seramai 95 orang pada 19 Julai ini dan Lawatan peserta Global Tourism Conference (paper presenter & international participants)pada 22 Julai ini.
"Pada 24 Julai,program Moh Jalan-Jalan 2017 bersama RTM Negeri Sembilan diikuti Lawatan MATTA inbound agents ke Tasik Kenyir pada
27 hingga 28 Julai dan penutup bagi promosi Julai dengan Kembara Kenyir 2017 anjuran Kerajaan Negeri,Jabatan Pengangkutan Jaln(JPJ) & Skuad Muda 1JPJ (TBC) bermula 27 hingga 30 Julai,"kata Omar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Raya Ketengah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.
Menurutnya lagi, program yang dirancang sepanjang bulan itu bertujuan menarik pelancong sekali gus mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai yang bakal dirasmikan tidak lama lagi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Sementara itu, hampir 2,000 pengunjung diraikan dalam majlis tersebut dengan pelbagai juadah istimewa di samping berpeluang menaiki rumah bot secara percuma mengelilingi Tasik Kenyir.