TIS Jadi Medan Penyatuan Umat Islam

KUALA TERENGGANU, 23 November - Terengganu International Summit (TIS) mampu menjadi medan suara penyatuan umat Islam serantau dan dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bertemakan 'Kesatuan Ummah Ke Arah Kemampanan Daya Tahan dan Kemakmuran Bersama' ia berperanan besar menyatu umat sekali gus memberi tanda positif untuk pembebasan Palestin.

"Juga turut membincangkan penyatuan ummah di Nusantara dan meletakkan tiga objektif utama, pertamanya membina jaringan memupuk pengaruh dalam pelbagai bidang kepakaran di peringkat antarabangsa dan dunia Islam.

"Kedua, mengemukakan resolusi bagi berkongsi cadangan dan idea yang rasional dan praktikal untuk dilaksanakan di semua peringkat.

"Ketiga, memperkasa agenda penyatuan ummah di peringkat pimpinan sehingga ke akar umbi dan merancang berdasarkan pembangunan Gaza dan Palestin sebagai wilayah solidariti ummah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sidang media TIS 2024, di Duyong Marina Resort, di sini, hari ini.

Turut hadir, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Marang  yang juga Mantan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Dunia, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu, Dr. Muhammad Khalil berkata TIS pada kali ini mengemukakan lima pembentang utama dari luar negara iaitu Oman, Syeikh Ahmed Saudi Al-Siyabi ; Rusia, Anuar Birgalin Azamatovich ; Turkiye. Ustaz Atid Agdag; Indonesi, Dr. Hurriyah El Islamy.

Katanya, resolusi perbincangan dari TIS itu akan dapat dicapai setelah Sidang Meja Bulat 1 yang melibatkan dua kumpulan.

"Kumpulan pertama akan membicarkan mengenai Penyatuan Ummah Dalam Konteks Negara Dan Global iaitu : Peranan dan Hala Tuju Ulama & Umara serta Perananan & Hala Tuju Masyarakat Sivil & Kumpulan Belia.

"Manakala pada Sidang Meja Bulat Sesi 2 pula ialahkumpulan satu membincangkan tentang Langkah Strategik Dalam Memperkukuhkan Kekuatan dan Sumber Organisasi Pimpinan Muslim.

"Kumpulan kedua pula membincangkan tentang Langkah Strategik Dalam Memperkukuhkan Kekuatan dan Sumber Kerajaan Pimpinan Muslim," jelasnya.