Adun Belia Desak Persekutuan Tidak Khianat Royalti Terengganu
“Trek Kejohanan Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui.
“Paling mencabar terpaksa meredah Bukit Menara Gong Lingai, kawasan semak, selain perlu menempuh alur sungai,” kata pemenang kategori Heavyweight Tuan Aminuddin Tuan Ngah, 31, dari Bukit Payong, Marang.
Katanya, bagaimanapun, nasib menyebelahinya kerana tidak mengalami kemalangan dan sebarang kecederaan ketika melalui pelbagai laluan berliku.
“Bukan mudah untuk menghabiskan trek perlumbaan sejauh 35 kilometer dengan jarak masa tidak kurang 4 jam.
“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan berlatih, pantang ada masa terluang, pasti akan bersama beberapa peminat basikal lasak mencari lokasi sesuai untuk berlatih,”katanya.
Tuan Aminuddin turut memberitahu, dia tidak pernah mengenal erti penat, yang penting nekad berusaha mendapat kedudukan terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai.
“’Alhamdullilah, apa yang diusaha itu berbaloi pada perlumbaan kali ini, selain mampu mencapai catatan masa terbaik sejak menyertai beberapa siri kejohanan basikal lasak sebelum ini.
“Saya akan terus menyertai kejohanan seterusnya, sekiranya diberi peluang,”” katanya selepas menerima hadiah kemenangan pada Kejohanan Lingai Challenge 2017 di Gong Lingai Batu Rakit, hari ini.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.
Manakala Flag Off disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil kira-kira jam 8 pagi.
Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi menyahut kejohanan itu yang menawarkan hadiah menarik beserta cabutan bertuah dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000.
Berdasarkan jumlah itu, 40 peserta adalah dari Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.
Sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed
Bagi kategori Men Open, Saufi Mat Senan memenangi tempat pertama dikuti Muaz Abd Rahim (tempat kedua) dan Anuar Manan ditangga ketiga
Bagi kategori Men Open, Saufi Mat Senan memenangi tempat pertama dikuti Muaz Abd Rahim (tempat kedua) dan Anuar Manan ditangga ketiga