Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Tujuh Negara Sertai IPCB 2018
Peserta dan pembentang persidangan. |
KUALA NERUS - Seramai 154 peserta dari tujuh negara menyertai International Symposium Postgraduate Conference on Biotechnology (IPCB) 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kampus Gong Badak, DI SINI, selama tiga hari dan berakhir hari ini.
Persidangan itu menampilkan lebih 100 pembentang dari Indonesia, Jepun, Singapura, Thailand, Iraq, Australia dan tuan rumah, Malaysia.
Prof. Dr. Mazlan. |
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, persidangan dwitahunan itu merupakan pertemuan para pelajar pascasiswazah untuk bertukar idea dan kajian dalam bidang sains marin terutama dalam kajian terhadap rumpai laut.
"Tahun ini, kita terima peningkatan penyertaan berbanding empat negara pada dua tahun lalu di Surabaya, Indonesia.
"Di sini, kita mengumpulkan hasil dapatan penyelidikan untuk kelestarian kehidupan marin dan sebagainya," katanya.
Prof. Dr. Ketut menerima penghargaan sebagai wakil dari Indonesia. |
Dalam pada itu, wakil dari Institut Teknologi Sepuloh Nopember, Indonesia, Prof. Dr. Ketut Buda Artana yang menjadi tuan rumah IPCB lalu berkata, menjadi kewajipan kita untuk mendukung kelestarian maritim supaya kekal terjaga.
"Kita mengharapkan dengan IPCB, kerjasama antara negara akan meningkat dalam usaha mengekalkan sumber maritim yang amat penting dalam kehidupan kita," katanya.
IPCB ditaja oleh Japan International Corporation Agency (JICA) yang diwakili Shinsaku Fukazawa.