Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas, 91, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohd Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.20 pagi, Sabtu 16 Januari 2021,” kata mereka.
Sebelum ini, Allahyarham yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. disahkan positif COVID-19.
Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.
Mohd Salleh juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada PAS apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.