Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Antara yang hadir ke Program Penerangan Isu Semasa anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. |
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menjalankan pelbagai aktiviti dan program menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, walaupun di Terengganu tidak mempunyai isu-isu yang besar dibangkitkan oleh pembangkang sebagaimana Kerajaan Pusat, namun UKOM akan memberi tumpuan kepada cerita-cerita kejayaan kerajaan negeri.
Katanya, UKOM akan menceritakan kejayaan-kejayaan sepanjang lima tahun terakhir serta usaha-usaha Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam mengatasi masalah dan menjaga kebajikan rakyat negeri ini tanpa sempadan.
"Pertama sekarang ini rakyat bercakap tentang kos sara hidup dan yang keduanya peluang pekerjaan tidak banyak di Terengganu setakat ini.
"Yang ketiga adalah isu perumahan rakyat. Rumah yang mampu dibeli bukan rumah mewah. Apabila menyebut hal perumahan rakyat ini, pembinaannya melibatkan kos yang tinggi namun dijual dengan harga yang murah. Ini tugas yang sedang kerajaan negeri laksanakan sekarang," katanya.
Beliau ditemui pemberita sempena Program Penerangan Isu Semasa Anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam.
Tambahnya, pihaknya juga akan menjemput penceramah-penceramah dari kalangan profesional seperti dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya rakyat lebih memahami dan jelas terhadap isu yang sering dimainkan oleh pembangkang.
Selain itu, Muda berkata UKOM juga dalam usaha untuk mencari gambar dan video insiden akibat daripada politik yang tidak stabil di luar negara.
"Contoh seperti yang berlaku di Lybia, Iraq, serta Iran akibat daripada gerakan ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan akhirnya semua kecewa.
"Seperti yang terjadi di Iraq, contohnya dulu semua ingin jatuhkan Saddam Hussein, bermacam-macam dibuat dalam media sosial sehingga dikatakan Iraq menyimpan senjata nuklear berbahaya kepada dunia. Namun Selepas peperangan berlaku tiada apa pun yang dapat.. kosong," katanya.