Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan majlis tahlil kepada pengamal media yang kembali ke rahmatullah di Pejabat Ukom, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis diadakan khas kepada arwah Esah Abdullah (Ukom), Zainuddin Muhammad (NST), Hashim Abdullah dan Mohamad Abdullah (RTM), Che Ku Zainal Che Ku Muda (Utusan Malaysia) serta Ali Mamat dan Mokhsin Bakhari (Bernama) serta lain- lain yang pernah berkhidmat di Terengganu.
"Jasa dan pengorbanan rakan media sama ada yang masih ada serta sudah tiada terhadap masyarakat dan negeri khasnya tidak ternilai.
"Setidak-tidaknya kita bukan sahaja dapat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada arwah, malah berharap supaya yang masih hidup ini sentiasa ingat sampai masanya segala urusan duniawi ini akan ditinggalkan," katanya.
Turut serta, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.
Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 50 rakan media dari pelbagai agensi.