UMT Anjur Persidangan Sains Makanan Dan Agrikultur
Prof. Madya Dr. Amiza melihat poster penyelidikan yang dibentangkan sempena Persidangan IFoSAC 2018 di UMT, hari ini. Foto Oleh: Solahuddin Al-Idrus |
Seminar tiga hari yang diadakan di Auditorium 2, Kompleks Kuliah Berpusat UMT bermula hari ini merupakan anjuran Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) universiti berkenaan.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Dekan PPSTM, UMT Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin.
Program saintifik itu turut melibatkan syarahan daripada Prof. Ir. Achmad Subagio dari Universitas Jember, Indonesia dan penampilan dua tokoh terkenal bidang-bidang yang terlibat iaitu Dr. Mohd Shukri Mat Ali dari MARDI dan saintis daripada Prince Of Songkla University, Thailand iaitu Asst. Prof. Santad Wichienchot.
Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Amiza berkata, selain menghimpunkan para profesional dari dalam dan luar negara di dalam bidang sains dan teknologi makanan serta bidang agroteknologi, persidangan tersebut juga bagi menggalakkan kerjasama dan jaringan perkongsian ilmu disamping mewujudkan perkongsian kepakaran dan penemuan inovasi baharu dalam bidang berkaitan.

“Mengangkat tema ‘Empowering Food Sustainability’, sebanyak 17 hasil penyelidikan dibentangkan dalam bentuk poster, manakala 48 hasil penyelidikan dibentangkan secara lisan.
“Hasil dari persidangan ini, dijangkakan sebanyak 46 hasil penyelidikan akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS Malaysian Applied Biology Journal (MAB),” ujarnya ketika berucap merasmian persidangan tersebut, hari ini.

Menurut beliau, persidangan tersebut disertai oleh 65 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Jordan dan Indonesia.