• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

UniSZA Pelawa Orang Ramai Cerap Gerhana Bulan




Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) , Tok Jembal  pada  31 Januari  mulai jam 7.30 malam.

Progam mesra komuniti anjuran Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA  itu  bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikal instrumentasi astronomi yang terdapat di ESERI UniSZA.

Sebanyak  enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh yang dijangka bermula jam 7:25 petang dan berakhir tiga jam kemudian.


Selain itu, turut diadakan taklimat berkenaan fenomena gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana.

Tag: