Mereka adalah peserta Program Ibadah Korban dan Aqiqah Bersama Penduduk memilih untuk berada di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi merasai kelainan sambutan Aidiladha di sini berbanding di Singapura.
Pengurus Sektreatariat program itu, Wan Rafiah Wan Mohd Mustafa, berkata program tahun kedua anjuran bersama UniSZA Holding Sdn Bhd, JKKK Kampung Bukit Wan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Katanya, kebanyakan warga Singapura yang menyertai program itu adalah peserta ulangan, mereka teruja untuk kembali menyertai program sama, melihat kerjasama dan semangat bergotong-rotong penduduk mengadakan kenduri.
"Mereka berpeluang menyaksikan bagaimana ibadah korban dilaksanakan dan melihat sendiri lembu disembelih serta menikmati juadah gulai daging.
“Pengalaman ini cukup berharga buat peserta program, yang sebelum ini tidak berpeluang mengalaminya di negara asal dimana diberi baucer untuk mendapatkan daging korban,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada program itu hari ini.
Perasmian penutup disempurnakan Ahli Dewan Undagan Negeri, Bazlan Abd Rahman.
Seorang peserta program itu, Maniseh Abd Siray, 50 berkata, pengalaman pertama menyambut Aidiladha di Terengganu dengan suasana kampung amat dirasai, lebih-lebih lagi menyaksikan ibadah korban.
"Kalau di Singapura, kita selalunya bagi nama sahaja dan ibadah korban itu diuruskan oleh pihak masjid dan kita tidak dapat melihatnya.
"Harga satu bahagian lembu korban di Singapura di antara RM1,500 hingga RM1,800," katanya.