Zainal Abidin. |
Pelantikan tersebut berikutan tempoh tamat kontrak GCEO sebelumnya, Dato’ Mohamat Muda pada 31 Januari 2019.
Dalam pada itu, Pengerusi TDM Berhad, Raja Dato' Haji Idris Raja Kamarudin mengucapkan tahniah kepada Zainal Abidin atas pelantikannya.
Katanya, sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDM Berhad mempunyai tanggungjawab kepada para pemegang sahamnya untuk mencipta dan menyampaikan nilai.
"Lebih jauh lagi, kami akan melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) serta inisiatif lain untuk mengukuhkan Kumpulan dengan pertumbuhan yang mampan di masa hadapan.
"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaannya untuk menghasilkan keputusan," ujarnya.
Zainal Abidin, 52, menyertai TDM Berhad dengan pengalaman selama 28 tahun dalam sektor korporat, terutamanya dalam pengurusan operasi dan transformasi, kewangan, tadbir urus, cukai dan audit. Pengalaman yang ada menambahkan jaminan keupayaannya untuk menerajui pertumbuhan konsisten TDM.
"Zainal Abidin sebelum ini telah bertugas dengan Persatuan Penanam Gabungan sebagai Ketua Eksekutif. Pengalamannya dalam industri perladangan dan kepakarannya dalam mengatasi perubahan pengurusan, adalah kemahiran penting untuk memacu TDM dalam rancangan VCP & BDP untuk pencapaian agresif mengikut sasaran yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.
"Beliau memperoleh Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne Australia pada tahun 2006," jelasnya.
TDM Berhad menjangkakan akan memulakan sepenuhnya kerja-kerja meningkatkan proses, mengurangkan kos operasi dan peningkatan efisien dengan struktur organisasi yang baharu.
Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.
Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.
TDM Plantation Sdn Bhd telah memperoleh sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.
Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.
Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.
Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.