• 19 Sept 2024 | 15 Rabiul Awal 1446

110 Kanak-Kanak Sertai Kem Anak Soleh 5.0

Oleh : Fatimah Din 
Foto  : Muhamad Hibatul Jihadi Mad Daud

MARANG, 18 September- Seramai 110 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menyertai Kem Anak Soleh 5.0.

Pengarah Program, Muhammad Syafiq Haikal Zakaria berkata, penganjuran kem oleh Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang dengan kerjasama Pertubuhan Belia Marang serta wakil Masjid Kampung Tertak Batu itu bertujuan membentuk anak-anak menjadi individu yang soleh dan solehah.

“Ia dimuatkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya tentang Allah dan Rasul serta memperkukuh pemahaman para pelajar mengenai ibadah fardhu Ain secara praktikal. 

"Alhamdulillah penyertaan peserta membuktikan komitmen ibu bapa dalam memastikan pendidikan agama yang berkualiti untuk anak-anak, ”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kem Anak Soleh 5.0 yang disempurnakan Penyelia i-mits DUN Rhu Rendang, Fakhruddin Zakaria di Majlis Kampung Tertak Batu.

Dalam pada itu, Muhammad Syafiq turut merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar usaha tersebut terus mendapat sokongan masyarakat.


Tag: