Berita :
113 Perantau Lembah Klang Terima Sumbangan Sempena Ramadan
113 Perantau Lembah Klang Terima Sumbangan Sempena Ramadan
Noraini Jusoh
12 jam yang lepas
78

KUALA TERENGGANU, 16 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Dato’ Ariffin Deraman melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang Ramadan bagi menyantuni komuniti termasuk agihan bakul Ramadan kepada perantau di sekitar Lembah Klang.

Seramai 113 perantau telah menerima sumbangan berupa set nasi arab yang disampaikan oleh Mak Iti Catering selaku wakil kepada beliau.

“Ia sebagai tanda ingatan dan kasih kepada anak-anak perantau yang berada jauh dari kampung halaman.

“Walaupun berada jauh dari negeri sendiri, ingatan dan kebersamaan tetap terjalin. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menceriakan mereka yang menerima serta menambahkan lagi kemanisan berbuka puasa di bulan yang penuh keberkatan ini,” ujar Ariffin dalam satu hantaran dilaman Facebooknya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Mak Iti Catering serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha kebajikan ini. 

“Semoga setiap kebaikan yang dilakukan sepanjang Ramadan ini dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

“Mudah-mudahan semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus subur dalam masyarakat kita, walau di mana jua berada,” ujarnya.




Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan