lightning-solid
Berita :
1,300 Peserta Meriahkan 'Family Fun Ride'
1,300 Peserta Meriahkan 'Family Fun Ride'
Adli Mohamad
18 Jun 22
691

KUALA TERENGGANU, 18 Jun- Seramai 1,300 peserta melibatkan belia, beliawanis dan keluarga menyertai program 'Family Fun Ride' pagi ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan majlis pelepasan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Program yang dianjurkan Urus Setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu melibatkan jarak sepanjang 35 kilometer dan menjadikan Muzium Negeri Terengganu sebagai perhentian pertama sebelum kembali semula ke Dataran Awam Batu Burok.

Dalam program itu pihak urus setia turut menyediakan empat buah basikal, dua buah motorsikal 'Honda Beat' kepada peserta bertuah juga pelbagai hadiah lain seperti barangan elektrik dan hamper.

 


Artikel Berkaitan