lightning-solid
Berita :
23 Ibu Tunggal Mukim Kubang Bembam Terima Bantuan
23 Ibu Tunggal Mukim Kubang Bembam Terima Bantuan
Muhammad Afiq Mohd Sa'adi
8 jam yang lepas
126

BESUT, 24 Ogos — Seramai 23 orang ibu tunggal dari Mukim Kubang Bemban menerima sumbangan wang tunai dan beg makanan menerusi Program Mahabbah Bersama Ibu Tunggal DUN Jerteh bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.

Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh Penolong Profesor Dr. Uzaimah Ibrahim, berkata, kebajikan golongan ibu tunggal terus menjadi antara keutamaan pimpinan tempatan.

Menurut beliau, Pejabat ADUN Jerteh sentiasa mengambil berat terhadap kelangsungan hidup golongan berkenaan dan memastikan mereka tidak diketepikan dalam aspek bantuan serta perancangan pembangunan komuniti.

“Pejabat ADUN Jerteh sentiasa mengambil berat terhadap kelangsungan hidup para ibu tunggal di kawasan ini. Kami memberi jaminan bahawa golongan ini tidak akan sesekali diketepikan dalam apa jua perkara, baik dari sudut bantuan mahupun perancangan pembangunan komuniti,” jelasnya ketika berucap dalam program, hari ini.

Beliau yang juga Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menambah, program itu turut membuktikan komitmen berterusan pihak penganjur dalam memastikan inisiatif kebajikan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

“Kita mahu memastikan setiap inisiatif yang dirancang ditepati dan langsung tidak lari daripada tajuk serta matlamat asalnya. Fokus kita kekal utuh, iaitu membela nasib dan memenuhi janji untuk sentiasa menyokong keperluan ibu-ibu tunggal agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa,” ujarnya.

Tambah beliau, program berkenaan bukan sahaja memberi bantuan material, malah menjadi platform untuk menyantuni ibu tunggal secara langsung selain menyuntik semangat serta penghargaan terhadap peranan mereka dalam komuniti.

Justeru itu, beliau berharap sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada penerima, selain menjadi tanda keprihatinan berterusan terhadap kebajikan golongan ibu tunggal di kawasan DUN Jerteh.






Tag :

Artikel Berkaitan