Ahmad Samsuri mengetuai kayuhan 10 kilometer 'family ride'. |
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Lebih 2,300 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program Nite Ride sempena ulang tahun ke-20 Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang dianjurkan secara bersama kerajaan negeri dan BMMB itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak Bank Muamalat serta pentadbiran negeri dengan masyarakat.
Menurut beliau, kayuhan santai berkenaan juga adalah sebagai satu langkah pihak pentadbiran untuk mempromosi ‘sports tourism’ di Terengganu sekali gus akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam kalangan masyarakat dan juga kerajaan negeri.
“Peserta yang hadir pada malam ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, tetapi turut melibatkan negeri luar, seperti Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Sabah.
“Sudah tentu dengan penyertaan mereka, industri pelancongan Terengganu akan terkenal dengan sendirinya, begitu juga dengan ekonomi penduduk Terengganu yang ramai terlibat dalam sektor perniagaan,” jelasnya semasa ditemui media selepas berakhir kayuhan santai tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran yang kali pertama diadakan di negeri ini.
“Sudah tentu dengan penyertaan mereka, industri pelancongan Terengganu akan terkenal dengan sendirinya, begitu juga dengan ekonomi penduduk Terengganu yang ramai terlibat dalam sektor perniagaan,” jelasnya semasa ditemui media selepas berakhir kayuhan santai tersebut.
Wan Sukairi Wan Abdullah. |
“Kami pilih Terengganu untuk kami adakan acara sempena sambutan ke-20 tahun BMMB, kerana negeri ini merupakan negeri yang melahirkan jaguh-jaguh sukan berbasikal.
“Pada mulanya kami hanya menjangkakan pernyertaan hanya 1,500 orang sahaja, namun kerjasama daripada kerajaan negeri dan sambutan sangat menarik apabila ramai juga peserta dari setiap negeri di Malaysia, sangat terbaik.
“Nampak sambutan sangat baik, jadi kami telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu untuk kami jadikan program ini sebagai aktiviti pelancongan, dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan, sudah tentu akan menarik lebih ramai pelancong ke sini,” tambah beliau.

Kayuhan santai itu turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman yang terlibat dalam kategori 10 kilometer ‘family ride’.
Mohd Redza Shah Abdul Wahid. |