HULU TERENGGANU, 10 Februari – Institusi Sekolah Rendah Integrasi Darul Iman (SRIDI) terus membuktikan peranannya bukan sekadar pusat kecemerlangan akademik dan agama, malah menjadi wadah melahirkan generasi yang cergas menerusi penganjuran Program Merentas Desa SRIDI Peringkat Negeri Terengganu, hari ini.
Program yang berlangsung di Taman Rekreasi Kuala Berang itu melibatkan penyertaan seramai 240 orang murid terpilih mewakili 12 buah cawangan SRIDI dari seluruh pelosok negeri.
Penganjuran tersebut merupakan manifestasi kepada hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem pendidikan di bawah seliaannya melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Beliau berjaya mengatasi persaingan sengit daripada Muhammad Firas Fayyad Mohd Faiz dari SRIDI Paka yang menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga disandang oleh wakil tuan rumah, Muqri Ulinnuha Mustapha Sabri dari SRIDI Kuala Berang.
Melengkapkan senarai lima terbaik ialah Abdullah Azzam Muhaimin dari SRIDI Buluh Gading di kedudukan keempat dan Muhammad Syamil Amri Mohd Alizi dari SRIDI Pengkalan Berangan di tempat kelima.
Semangat kebersamaan dalam kesukanan yang ditunjukkan ini selari dengan misi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.