Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
29 Peserta ‘Paragliding’ Luar Negara Serbu Terengganu Hujung September
Wan Sukairi meninjau keadaan Bukit Maras sebelum kejohanan bermula hujung September. |
KUALA NERUS, 8 September - Satu acara sukan luncur udara atau ‘paragliding’ yang mengumpulkan 29 peserta dari luar negara bakal diadakan pada 27 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesemua mereka akan berkampung di Bukit Maras bagi menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu.
Jelasnya, pertandingan selama empat hari itu melibatkan 17 peserta dari seluruh pelusuk tanah air.
“Acara antarabangsa ini akan diadakan selama empat hari di puncak ini yang disertai 50 pasukan melibatkan lebih 10 negara luar menyertai kejohanan ini.
“Aktiviti luncur udara ini mampu menarik pelancong kerana Bukit Maras ini menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu dan ia menjadi tarikan baharu pelancong untuk bercuti di negeri Terengganu,” katanya selepas meninjau persiapan Bukit Maras bagi kejohanan tersebut, kelmarin.
Tambah beliau, keindahan panaroma bukit berkenaan mampu menjadikan kejohanan luncur udara itu sebagai program terbaik di dunia.
“Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi, jajaran Pantai Batu Rakit dan pemandangan yang cantik apabila disebelah malam.
“Aktiviti luncur angin ini perlu ada keyakinan dan keberanian terhad ketinggian.
“Insya-Allah Terengganu suatu hari nanti akan menjadi sebuah negeri yang terkenal dengan sukan luncur udara,” ujar Wan Sukairi.