MARANG, 26 November – Empat bayi perempuan antara 42 mangsa daripada 13 keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sivik Merchang susulan banjir yang melanda kawasan ini pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, berkata PPS berkenaan mula menerima kemasukan mangsa banjir sejak jam 10.55 pagi tadi selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

“Pagi tadi, laluan Kampung Padang Mengkuang dan Alur Gali terpaksa ditutup sementara kepada semua kenderaan akibat banjir,” ujarnya.
Orang ramai dinasihatkan agar terus peka terhadap perkembangan cuaca dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.