KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Kisah kehidupan masyarakat menjalani rencah harian masih menjadi antara sumber inspirasi utama pengamal media untuk menghasilkan karya yang membawa cerminan realiti kepada kehidupan rakyat.
Kepelbagaian 'angle', khususnya dalam subjek ini, memberi ruang kepada pengamal media untuk menceritakan sisi kehidupan masyarakat, merangkumi pekerjaan, warisan, pelancongan dan isu kemasyarakatan menerusi penulisan, fotografi serta penerbitan video.
Perkara itu dapat dilihat menerusi karya-karya yang menerima pengiktirafan pada Anugerah Apresiasi Media Terengganu 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, malam tadi.

Mohd Syafiq @ Ridzuan Ambak, dari organisasi yang sama, muncul johan Foto Terbaik Media Cetak kategori sosial melalui karyanya, Mok Nyadat.
Karya lain yang turut mendapat pengiktirafan ialah Jahit Pukat oleh Mohd Ghazali Kori dari NSTP yang meraih naib johan Foto Terbaik Media Cetak kategori sosial, serta Menenun Dengan Jiwa, Songket Warisan oleh Yusnida@Ermayusnida Jusoh dari Utusan yang memenangi kategori Berita Terbaik Media Cetak sosial.

Manakala, Muhammad Syafik Shakirin Mohd Rauzi dari Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) meraih naib johan menerusi Ulu Kekabu Produk Pelancongan Baharu Berasaskan Komuniti.
Turut menerima pengiktirafan ialah karya Anak Taman Sinar Harapan oleh Tengku Mohamad Syamim Tengku Ismail dari UPDI yang memenangi kategori Foto Terbaik Media Digital sosial, selain Banjir Kampung Tok Dor oleh Mohd Ghazali Kori dari NSTP yang meraih tempat ketiga dalam kategori sama.

Bagi penyampaian Anugerah Khas , Dato' Mohd Fauzi Mustafa menerima Tokoh Media Berpengaruh, manakala Tokoh Media Berjasa mengiktiraf Wan Abd Rahman Wan Abd Hayat terhadap sumbangan beliau dalam bidang media.