426 Pelajar SRIDAF Mulakan Sesi Pembelajaran Di Besut


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT 4 Januari –Seramai 426 Pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) memulakan sesi pembelajaran tahun ini di Besut.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pada kali ini, 125 pelajar tahun satu telah didaftarkan dan dibahagikan kepada empat kelas untuk sesi pembelajaran.

“Penambahan pelajar  secara mendadak menandakan bahawa ibubapa lebih mementingkan pendidikan  agama kepada anak-anak mereka.

"Proses pembelajaran dari sekolah ini dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian serta sesuai untuk seisi keluarga bagi membentuk masyarakat yang sejahtera,"katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), Batu Tumboh, di sini baru-baru ini.


Katanya lagi, SRIDAF lebih menekankan pembelajaran agama terutama hafazan Al-Quran.

"Saya berharap dengan adanya sekolah ini dapat membentuk modal insan untuk menuju Negeri Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera,"ujarnya.

Tag: