lightning-solid
Berita :
50 Peniaga DUN Ajil Terima Manfaat DUTE 2025
50 Peniaga DUN Ajil Terima Manfaat DUTE 2025
Wan Mohammad Omar Ajmain
1 hari yang lepas
230

HULU TERENGGANU, 6 Februari – Seramai 50 orang peniaga kecil di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima suntikan modal dan peralatan perniagaan melalui Skim Dana Usahawan Terengganu (DUTE) 2025.

627055201_1328086942694750_1799781351645489137_n.jpg 406.22 KB
ADUN Ajil,  Maliaman Kassim berkata, bantuan tersebut merupakan langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban peniaga dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan ekonomi masa kini.

"Bantuan modal itu bertujuan meningkatkan hasil pendapatan peserta, namun kunci utama kejayaan terletak pada usaha gigih peniaga itu sendiri.

"Pemberian ini diharap dapat membantu tuan-puan menjana pendapatan yang lebih baik. Namun harus ingat, usaha di tangan kita dan rezeki itu datangnya daripada Allah SWT," katanya dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil, pagi semalam.

Dalam majlis tersebut, beliau turut meluangkan masa berkongsi 'formula' bagi menarik pelanggan dan menyuburkan perniagaan mengikut tuntutan agama.

"Antara tips untuk menarik pelanggan adalah dengan mengadakan jualan murah sekali-sekala. Selain itu, jangan lupakan kekuatan bersedekah. 

"Jika kita lihat pembeli yang datang itu orang susah, lebihkanlah sedikit timbangan atau barang kepadanya. Perkara inilah yang akan menyuburkan lagi harta dan perniagaan kita," pesannya.

627641362_1328086882694756_3225150169527892613_n.jpg 225.63 KB
Menyentuh mengenai trend perniagaan moden, Maliaman menggalakkan para usahawan di DUN Ajil supaya tidak ketinggalan memanfaatkan platform media sosial seperti TikTok untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka.

“Gunakan peluang yang ada mengikut peredaran zaman. Buatlah konten-konten menarik untuk mempromosikan produk. 

"Dengan cara ini, perniagaan tuan-puan mampu berkembang lebih jauh melangkaui kawasan Ajil,” tambahnya lagi.

Sementara itu, salah seorang penerima, Hanisah Abdul Rahman yang mewakili anaknya, melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pemberian mesin pembeku (freezer) dan peralatan perniagaan Takoyaki.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan keperluan utama bagi memastikan kualiti dan kelancaran operasi perniagaan anaknya dapat ditingkatkan.

WhatsApp Image 2026-02-05 at 2.02.24 PM.jpeg 151.22 KB

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki buat anak saya. Saya telah membuat permohonan ini tahun lepas di bawah program YPU. Bantuan ini sangat bersesuaian dengan keperluan perniagaan beliau ketika ini. Saya mengharapkan perniagaannya akan lebih maju dan sistematik pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada pihak YPU dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil atas kerjasama erat dalam memudahcara proses permohonan sehingga bantuan ini berjaya diserahkan,” katanya.


Artikel Berkaitan