Berita :
600 Keluarga Terima Sumbangan Ramadan
600 Keluarga Terima Sumbangan Ramadan
Rohayati Ripin
2 jam yang lepas
44

KUALA TERENGGANU, 10 Mac – Seramai 600 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima sumbangan sempena Ramadan melalui inisiatif Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Jerteh bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan yang mulia ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan Mohd Noor berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada penerima yang dikenal pasti oleh setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), melibatkan 38 JPKK di seluruh DUN berkenaan.

Menurut beliau, keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini memberi tekanan kepada ramai rakyat, khususnya golongan B40 yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melalui inisiatif ini, kita cuba membantu mereka sekadar yang termampu.

“Setiap JPKK menyenaraikan keluarga yang memerlukan agar bantuan dapat disalurkan dengan lebih tersusun dan sampai kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pelbagai bentuk sumbangan telah diagihkan kepada penduduk DUN Jerteh termasuk wang zakat, beras serta beg makanan bagi membantu keperluan asas keluarga penerima sepanjang Ramadan.

Tambahnya, setakat ini hampir 600 keluarga asnaf telah menerima bantuan berkenaan bagi memastikan mereka turut dapat merasai sedikit kegembiraan serta kelegaan dalam menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Dr. Riduan turut berharap sumbangan yang diberikan itu dapat meringankan beban golongan yang memerlukan selain memberi ruang kepada mereka menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan penuh keberkatan.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan