800 Peserta Sertai Funwalk D'baroh

BESUT, 2 November - Seramai 800 orang peserta telah menyertai acara monsoon Funwalk D'baroh, sejauh lima kilometer (KM) dengan mengeliling sawah padi di sekitar Kampung Padang Baloh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, dengan kejayaan program itu beliau sangat berterima kasih kepada semua yang hadir  menjayakannya serta menunjukkan komitmen dan sokongan padu dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat.

"Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjaga kesihatan fizikal malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelbagai lapisan masyarakat terutamanya  golongan belia, keluarga serta komuniti tempatan".

"Setinggi penghargaan kepada pihak penganjur Persatuan Beliau Sahabat Sejahtera Daerah Besut,sukarelawan, dan semua pihak yang telah berusaha keras memastikan acara ini  berjalan lancar dan tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penaja yang memberikan sumbangan untuk menjayakan funwalk ini","ujarnya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri acara Monsoon Funwalk D'Baroh, yang diadakan di Taman Kohafas Agro Darau, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Husaimi menasihatkan agar aktiviti senaman itu dapat dijadikan sebagai rutin harin yang akan dapat memberikan inspirasi kepada anggota komuniti lain supaya kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup akan menjadi keutamaan.

Acara funwalk ini turut dimeriahkan dengan diadakan tiga "check point" disediakan makanan dan minuman antaranya kuih tradisional, ubi kayu, buah-buahan, air tuak dan aiskrim malaysia, sambil menikmati pemandangan yang indah dikelilingi sawah padi serta bukit.