lightning-solid
Berita :
8,600 Kotak Kurma Buat Warga DUN Jerteh
8,600 Kotak Kurma Buat Warga DUN Jerteh
Muhammad Afiq Mohd Sa'adi
17 Feb 26
60

BESUT, 22 Februari - Sebanyak 8,600 kotak kurma telah disalurkan secara berperingkat melalui semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh untuk diagihkan terus ke rumah-rumah penduduk.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri DUN Jerteh telah memulakan inisiatif pengagihan buah kurma kepada seluruh anak kariah di kawasan tersebut sebagai persiapan menyambut kehadiran bulan suci Ramadan yang bakal tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan mohamad Nor berkata, agihan ini adalah tanda ingatan dan keprihatinan pihak DUN bagi memastikan setiap isi rumah dapat merasai suasana sambutan Ramadan dengan lebih sempurna.

"Alhamdulillah, proses pengagihan sedang berjalan lancar melalui penyelarasan oleh Pengerusi JPKK masing-masing. 

"Kita mensasarkan setiap rumah di seluruh kawasan DUN Jerteh menerima sumbangan ini sebagai bekalan untuk bulan puasa nanti. Inisiatif ini juga bertujuan mengeratkan hubungan ukhuwah antara pihak kepimpinan dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

IMG_3078.jpeg 1.99 MB
Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak Pusat Khidmat Masyarakat akan berusaha memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima manfaat tersebut.

"Sekiranya terdapat mana-mana penerima yang masih belum menerima atau tercicir daripada senarai agihan, saya mohon agar segera memaklumkan kepada Pengerusi JPKK di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan dapat diambil dengan segera. Insya-Allah, kita mahu semua anak kariah merasa pemberian ini," tambah beliau lagi.

IMG_3076.jpeg 2.16 MB
Justeru itu, beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Besut, khususnya penduduk di DUN Jerteh.

"Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, limpahan keampunan dan menjadi madrasah terbaik buat kita semua untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, insya-Allah," tambah beliau lagi.



Tag :

Artikel Berkaitan