ADUN Belia Platform Anak Muda Sampaikan Cadangan

KUALA NERUS, 22 Februari - Idea melaksanakan sidang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia adalah cadangan daripada Menteri Besar Terengganu bagi membolehkan anak muda menyampaikan sebarang penambahbaikan kepada kerajaan negeri.

Pegawai Urus Setia Belia Sukan Dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Tuan Nornajihah Tuan Ramli, berkata tujuan asal ADUN Belia ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang undang-undang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dasar kerajaan.

"Terengganu mempunyai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) di mana pada tahun ini UBSNT perlu laksanakan akademi Al-Fateh dan Anjung Sejahtera (NGO), doakan semoga ianya bermanfaat untuk belia, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Kem Temuduga ADUN Belia 2021-2023 Generasi 2 yang dijalankan di Felda Wilayah Terengganu, Tepoh di sini kelmarin.

Sementara itu, Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail ketika merasmikan majlis penutup program terbabit berkata cabaran kepimpinan hari ini sangat hebat dan kemungkinan di masa akan datang bertambah lagi.  

"Pamerkan kepimpinan yang baik malah lebih baik daripada ADUN Belia generasi satu," pesannya lagi kepada 30 peserta yang hadir.


Tag: