Berita :
Agihan Bubur Lambuk 500 Bekas Terus Hidupkan Tradisi di Kijal
Agihan Bubur Lambuk 500 Bekas Terus Hidupkan Tradisi di Kijal
Hafiz Rosli
1 hari yang lepas
41

KEMAMAN, 7 Mac – Program agihan bubur lambuk di Kijal terus menjadi tradisi tahunan apabila sebanyak 500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat setempat setiap tahun.

Penyelaras program, Rosliza Abd Rashid berkata tahun lalu jumlah yang sama turut diagihkan, sekali gus mengekalkan semangat Ramadan serta menyemarakkan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.

Katanya, program anjuran NGO Suri Kijal itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat yang hadir untuk mendapatkan bubur lambuk sempena Ramadan.

“Apa yang lebih istimewa tahun ini, agihan bubur lambuk telah disempurnakan sendiri oleh ADUN Kijal, Datuk Razali Idris dengan kerjasama pihak Polis Kijal, ahli qariah dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Anak Dara, Kijal.



“Agihan tersebut diadakan di hadapan Balai Polis Kijal dengan bantuan pihak polis yang turut mengawal laluan bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar dan selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Rosliza berkata program seperti ini bukan sahaja memeriahkan Ramadan, malah dapat mengeratkan hubungan antara wakil rakyat, pihak pengurusan dan masyarakat setempat.

"Kami mula memasak bubur lambuk sejak sebelah pagi secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai lepas jumaat.

“Program ini akan diteruskan setiap tahun bagi memperkenalkan dan mengekalkan tradisi penyediaan bubur lambuk yang sudah lama diamalkan setiap kali Ramadan, insya-Allah," ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan