Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
KUANTAN, 11 Disember - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), hari ini.
Dalam majlis yang penuh bersejarah di tapak Stesen ECRL Sekseyen 10 di Gebeng turut dihadiri Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, Ouyang Yujin dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ; Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Dato Mohd Nassuruddin Daud. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Pengerusi China Communication Company Ltd (CCCC), Wang Tongzhou.
Perasmian itu menandakan sebuah titik permulaan penuh bersejarah bagi memulakan pemasangan landasan pertama sejauh 94 kilometer (KM) dari Stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, di mana ia dijangka mengambil masa dalam tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.
Selepas itu, projek ini akan disambung untuk memasang landasan dari Stesen KPC ke Temerloh, dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.
Dalam pada itu, Pengerusi CCCC, Wang Tongzhou berkata majlis pelancaran ini merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di negara ini.
"Kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi kami untuk kecemerlangan, keselamatan dan kesinambungan komuniti,
"Inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang berhubung" ujarnya ketika menyampaikan persembahan ucapan.
Sementara itu,Anthony Loke memaklumkan kadar kemajuan Keseluruhan ECRL telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas ia selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, dan dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.