Berita :
Air Mata Syukur 520 Asnaf Kijal, Bantuan Hadir Tepat Waktu
Air Mata Syukur 520 Asnaf Kijal, Bantuan Hadir Tepat Waktu
Hafiz Rosli
1 jam yang lepas
58

KEMAMAN, 12 Mac – Seramai 520 orang asnaf di kawasan DUN Kijal menerima sumbangan berupa bakul barangan makanan serta wang tunai dalam Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf yang berlangsung di Pejabat DUN Kijal, Paya Lasir Bandar Baru Kijal pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, program tersebut merupakan inisiatif tahunan yang dilaksanakan bagi membantu meringankan beban golongan asnaf di kawasan berkenaan.

Katanya, seramai 26 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terlibat dalam program ini dengan setiap JPKK menghantar 20 orang penama dari kampung masing-masing.

“Penama tersebut diambil daripada Pengerusi JPKK bagi memastikan sumbangan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Program ini diadakan setiap tahun sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat khususnya golongan asnaf agar mereka turut merasai sokongan dan perhatian daripada pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.


Razali berkata, pada tahun lalu program yang sama turut diadakan di lokasi tersebut dengan melibatkan seramai 780 orang penerima.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban para penerima asnaf serta memberi sedikit kegembiraan kepada mereka menjalang Aidilfitri ini,” ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan