Allah Cinta Kepada Orang Yang Memuliakan Tetamu

MARANG, 18 Oktober - Allah Taala mencintai orang-orang yang memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumahnya kerana mempunyai kelebihan dan rahmatNya.

Pada zaman sahabat, mereka merebut rahmat untuk menerima tetamu dan Allah mengampuni penghuni rumah tersebut atas perlakuannya memuliakan tetamu.

Penyelia institut Modal insan Terengganu Sejahtera (iMiTS) Parlimen Marang, Ahmad Maarof Ismail berkata, "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu.

Beliau berkata, adab-adab yang perlu dilakukan oleh tuan rumah adalah menyediakan hidangan terbaik

"Selain itu, kita mestilah bercakap dengan lemah lembut, menghormati tetamu dan tidak memerli.

"Meskipun tetamu itu tidak kita kenali, kita mestilah menjaga adab-adab yang digariskan dalam Islam kerana terdapat keraguan dalam diri kita tetamu tersebut boleh memudaratkan kita," tambahnya lagi dalam siri Kuliah Dhuha mingguan itu.

Dalam Islam, bertamu ke rumah jiran ada cara dan tertib yang diajarkan untuk dijadikan amalan masakini. Beberapa perkongsian dan kisah menarik zaman Rasulullah ada diceritakan oleh Penyelia (iMiTS) itu.

"Antaranya, memberi salam, makan dengan segera apa yang dihidang, tidak meminta- minta hidangan, jauhi ucapan menyakitkan, pilih waktu yang sesuai untuk bertandang, tidak terlalu lama di rumah jiran dan layan tetamu yang bermalam wajib tiga hari tiga malam,"katanya..

Kuliah Dhuha itu telah disampaikan selepas selesai solat dhuha pada pada setiap hari Ahad di Pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kampung Rusila.


Tag: