Rakyat Terengganu mencipta sejarah apabila diberi penghormatan kali pertama untuk mengimamkan solat Sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Inggeris.
Penolong Pengarah Tajaan Dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu, Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim, 43 tahun, diberi penghormatan tersebut di hadapan 1,000 masyarakat Islam pelbagai bangsa yang menetap di sekitar New South Wales.
Solat Hari Raya dimulakan jam 8.30 pagi di Robyn Webster Sport Club, Tempe NSW dan tahun ini merupakan tahun akhir diadakan di situ memandangkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan lokasi itu dijadikan tempat solat hari raya.
Lokasi tersebut dipilih setiap tahun memandangkan Masjid Darul Imaan, Wolli Creek tidak dapat menampung keperluan masyarakat Islam di sekitar kawasan tersebut dan ia dikendalikan oleh Islamic Malay Australia Association of NSW (IMAAN)
Mohd Zaki berada di Sydney sejak 11 Jun lalu, bagi mengetuai solat tarawih qiyamullail di Masjid tersebut.
Program Penghantaran Imam terawih dimulakan oleh kerajaan negeri sejak 2015, di atas permintaan pengurusan Masjid Darul Imaan NSW dan setiap tahun, Terengganu menghantar dua imam untuk bertugas sepanjang Ramadan.
Beliau juga di beri kesempatan untuk membaca khutbah Jumaat pada 23 Jun lalu,
Sebagai memenuhi Tradisi di Malaysia, Beliau dan 2 orang imam lain Muhammad Fitri Ahmad Nasir dari Selangor dan Mohd Hafiz bin Abd Rahim dari Pahang, memulakan suasana pagi itu, dengan takbir raya, dan Ust Mohd Zaki menerangkan kan cara cara mengerjakan solat sunat Aidilfitri kepada komuniti Muslim di situ.
Menurut Ust Mohd Zaki, 43, yang berasal dari Air Putih Kemaman, ini lah sejarah dalam hidup nya, berhari raya di Negara Asing, dan diberi penghormatan menjadi Imam dan membaca khutbah Raya Aidilfitri, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, apatah lagi beliau adalah anak Terengganu pertama di Kepercayaan tersebut, cabaran beliau adalah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan keturunan, dan warna kulit.
Secara tradisi, beliau akan membacakan khutbah kedua kedua Hari Raya di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.
Sepanjang bertugas di Masjid Darul Imaan, beliau berkesempatan untuk menyampaikan tazkirah dan khatam Al Quran bersama masyarakat Melayu Malaysia, Singapura, dan negara timur Tengah.
Apa yang membanggakan nama negeri Terengganu amat dekat di Hati masyarakat Islam di sini, kerana Bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad telah merintis jalan untuk membina Kelas Pengajian Agama di Sydney dan menubuhkan Masjid Darul Imaan. Tidak hairanlah nama Terengganu dan Malaysia amat dekat dekat dengan komuniti di sini.
Ust Mohd Zaki Mat Yakim, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi kepercayaan kepada beliau, untuk menabur bakti di Sydney.
Ust Mohd Zaki, berharap akan ada lagi Imam dari Terengganu untuk bertugas dan berdakwah Di sana, dan cabaran utama mereka,adalah menguasai bahasa Inggeris dan Arab, kerana setiap hari, masyarakat islam di sini akan bertanya pelbagai soalan dan hukum.