KUALA NERUS, 4 Mac - Fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku di Malaysia pada tahun ini berjaya menjadi tarikan utama kepada masyarakat Terengganu apabila Program Gerhana Bulan diakan di Masjid Mengabang Telipot. semalam.
Program itu telah dianjurkan secara jalinan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin, Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu.
Selain itu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Mengabang Telipot telah telibat dalam menganjurkannya.
Program telah bermula pada jam 5.30 petang yang telah dimulakan dengan sesi bula bicara bersama Mufti Terengganu, yang membincangkan al-Quran dan Sains.
Selepas itu, majlis telah diserikan dengan Majlis Tahlil Perdana, berbuka puasa ringan, solat Maghrib Berjemaah yang kemudiannya disusuli dengan Solat Sunat Gerhana Bulan, khutbah mengenai gerhana.

Sementara itu demonstrasi cerapan bulan oleh Jawatankuasa Falak Negeri Terengganu, memberi peluang kepada pengunjung melihat fenomena gerhana secara langsung melalui teleskop dan tayangan skrin.
Para jemaah kemudiannya dijamu dengan menu berat iaitu hidangan seekor lembu , solat Isyak dan tarawih berjemaah dan moreh sebeluum bersurai.
Tag :